Terbaik Lelaki Sikh Sanggup Buka Serban Bantu Mangsa Kemalangan

SEORANG lelaki penganut agama Sikh telah digelar sebagai hero apabila dia sanggup membuka serban yang dipakainya untuk membantu seorang budak yang terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Harman Singh bertindak sedemikian selepas melihat kepala budak itu berdarah dan memerlukan sesuatu untuk diletakkan di kepalanya.

Lelaki berusia 22 tahun itu berada di rumah lalu bergegas keluar selepas terdengar kekecohan orang ramai di Takanini, Auckland Selatan, New Zealand.


Menurut penuntut University of Auckland itu, dia ternampak seorang budak terbaring dengan kepala berdarah dan ada wanita sedang memegangnya.

Harman tanpa ragu-ragu membuka serban yang dipakai untuk meletakkan di kepala budak yang berusia 5 tahun itu.

Saya tidak fikir tentang serban itu, saya hanya fikirkan tentang kemalangan itu dan kepalanya berdarah serta perlukan sesuatu, jadi saya buka serban saya untuk letakkan di kepalanya, kata Harman kepada sumber.


Semestinya perbuatan Harman membuka serbannya itu dilihat sebagai satu pengorbanan yang sangat besar kerana ianya berkaitan dengan agama yang dianutinya.

Dia juga menyatakan orang lain akan turut melakukan perkara yang sama dia lakukan sekiranya berhadapan dengan situasi itu.

MYNEWSHUB.CC

0 Response to "Terbaik Lelaki Sikh Sanggup Buka Serban Bantu Mangsa Kemalangan"

Post a Comment